Saturday 10 March 2012

Doa Penyeri Kehidupan

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 2

BAHAGIAN ADAB

  DOA PENYERI KEHIDUPAN
(ADAB BERDOA)

PENGERTIAN DOA
Doa ialah memohon sesuatu daripada Allah yang merupakan keperluan rohani dalam kehidupan manusia.

KEPENTINGAN BERDOA
·         Untuk mencapai sesuatu hajat atau kejayaan.
·         Sebagai saluran untuk kita memohon sesuatu daripada Allah SWT.
·         Sebagai senjata umat Islam.
Untuk menambah pahala &  bekalan di akhirat


MUTIARA NABI SAW
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang kamu berdoa maka hendaklah dimulakan dengan memuji Tuhannya, berselawat ke atas Nabi, kemudian pohonlah apa-apa sahaja yang dia mahu.”
                                                    ( Hadith Riwayat Al-Tarmizi )

ADAB BERDOA

·         Membersihkan diri drpd kekotoran & najis serta suci drpd hadas kecil dan besar.
·         Didahulukan dgn amal soleh seperti sedekah dan menunaikan solat hajat.
·         Menghadap ke arah kiblat.
·         Berdoa dengan penuh yakin.
·         Mengangkat kedua-dua tapak tangan ke atas berbetulan dengan bahu.
·         Memulakan doa dgn memuji Allah, berselawat ke atas Nabi.
·         Sebaik-baiknya berdoa dgn “doa ma’thurat” iaitu doa yg bersumberkan Al-Quran & Hadith.
·         Menyapu muka dgn dua tapak tangan apabila selesai berdoa.

WAKTU DAN TEMPAT MUSTAJAB DOA

WAKTU MUSTAJAB :
·         Satu pertiga malam.
·         Hari Jumaat dan malamnya.
·         Bulan Ramadan terutama mlm Lailatulqadar.
·         Hari Arafah.
·         Khatam Al-Quran.
·         Setelah mendengar azan & di antara 2 khutbah.

TEMPAT MUSTAJAB :
·         Di hadapan Kaabah.
·         Di dlm masjid terutama Masjidil Haram.
·         Multazam, antara rukun yamani dgn Makam Ibrahim.
·         Di Padang Arafah.
·         Di Raudhah, antara mimbar dgn Makam Rasulullah.
Di medan peperangan menentang musuh Islam


DOA YANG DITERIMA
·         Doa orang yang dizalimi.
·         Doa orang bermusafir.
·         Doa ibubapa terhadap anaknya.
·         Doa orang yang berpuasa.
·         Doa pemimpin yang adil.
·         Doa hamba yang ikhlas.
Doa seseorang untuk sahabatnya ketika bersendirian di luar pengetahuan sahabatnya


DOA YANG DITOLAK
·         Doa orang yang melakukan maksiat.
·         Sumber makanan, minuman, pakaian ketika berdoa daripada sumber yang haram.
·         Berdoa dengan hati yang lalai dan tidak khusyuk.
·         Berdoa dalam keadaan riak.
Memohon perkara yang dilaran oleh Allah SWT


KESAN TIDAK MENGAMALKAN DOA
DALAM KEHIDUPAN
·         Tiada keberkatan dlm hidup.
·         Tiada pertolongan daripada Allah.
·         Tidak bersungguh-sungguh melakukan amalan
·         Menjadi manusia yang sombong dan takbur kpd Allah apabila mendapat kejayaan.
·         Mudah berputus asa apabila gagal dlm hidup.
·         Menjadi manusia yang lalai kepada Allah.

LANGKAH UNTUK MEMBIASAKAN DIRI DGN DOA
·         Sentiasa mengingati Allah SWT.
·         Memilih rakan-rakan yang baik akhlak.
·         Mengetahui ganjaran yang dikurniakan oleh Allah bagi orang yang berdoa.

INFO NASIHAT
Doa ialah lambing kesatuan umat, iaitu orang Islam berdoa bukan sahaja untuk dirinya, malah juga untuk seluruh umat Islam.
Doa melahirkan umat Islam yg optimis. cekal & tidak mudah putus asa kerana mereka yakin kepada ketentuan Allah.





Tilawah al-Quran

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 2

BAHAGIAN TILAWAH AL-QURAN

PELAJARAN 1  :  HIDAYAH SUMBER KEHIDUPAN
KEFAHAMAN AYAT 8 SURAH ALI IMRAN
HAFAZAN AYAT 8 SURAH ALI IMRAN




رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
 Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha pemberi kurnia.






PENGERTIAN HIDAYAH & RAHMAH :

HIDAYAH
§  Dari segi bahasa ialah  :  Petunjuk.
§  Dari segi istilah Hidayah ialah :  Petunjuk Allah SWT ke arah kebenaran.

RAHMAH
§  Dari segi bahasa ialah : Belas kasihan.
§  Dari segi istilah ialah   :  Segala kebaikan yang Allah kurniakan kepada manusia
Seperti : tubuh badan yg sihat, minda yang cerdas dan jiwa yang bersih.

CARA MEMPEROLEHI DAN MENGEKALKAN HIDAYAH  :

1.     Mensyukuri nikmat Allah SWT.
2.     Yakin kepada kebenaran aqidah.
3.     Berakhlak mulia dalam kehidupan.
4.     Bersungguh-sungguh menimba ilmu.
5.     Berdoa memohon pertolongan Allah.
6.     Memelihara hubungan baik antara makhluk.
7.     Melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi munkar.
8.     Mempertingkatkan ibadah seperti solat dan membaca al-Quran.




CIRI-CIRI ORANG MENDAPAT HIDAYAH

1.     Tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup.
2.     Berfikiran terbuka dan berpandangan jauh.
3.     Senang menerima kebenaran.
4.     Hidup dalam keadaan tenang dan gembira.
5.     Mudah melakukan kebaikan.



AKIBAT TIDAK MENDAPAT HIDAYAH  :

1.     Mudah kecewa apabila menghadapi kegagalan.
2.     Berfikiran sempit dan bertindak melulu.
3.     Susah menerima kebenaran.
4.     Hidup dalam keadaan keluh kesah.
5.     Sukar melakukan kebaikan.




PERKARA YANG MENGHALANG HIDAYAH ALLAH SWT.  :

  •     Meninggalkan ibadah-ibadah wajib   spt : solat fardhu dan puasa Ramadhan.
  •     Melakukan maksiat   spt : berzina, minum arak, berjudi, derhaka kepada ibu bapa.
  •     Memiliki sifat-sifat mazmumah   spt : takbur, tamak, riak, sum’ah dan ‘ujub.
  •     Tidak menghormati ibu bapa dan guru.
PENGAJARAN AYAT :


1.     Hidayah ialah kurniaan Allah SWT kpd hamba-hamba-Nya.
2.     Pintu hidayah dan rahmat Allah sentiasa terbuka luas kpd orang yang berusaha dan bersedia menerima kebenaran.
3.     Doa ialah senjata penting umat Islam utk memperolehi hidayah Allah SWT.
4.     Orang yang tidak mendapat hidayah Allah hidupnya tidak akan bahagia di dunia dan di akhirat.
5.     Dosa boleh menghalang hidayah Allah.



INFO KAMUS :

RIAK          :  ialah  melakukan amalan untuk   
                      menunjuk-nunjuk.

SUM’AH   :  ialah  membuat kebajikan supaya
                     dipuji dan disebut oleh orang ramai.

‘UJUB      :  ialah bangga dan megah dengan diri
                     sendiri.




SOALAN PENILAIAN

  1.    Berikan pengertian Hidayah dan Rahmah.
  2.    Nyatakan empat cara untuk memperolehi hidayah Allah SWT.
  3.    Apakah akibat orang yang tidak mendapat hidayah Allah SWT?
  4.    Senaraikan kepentingan berdoa.
  5.    Teman anda berpendapat bahawa tidak perlu berusaha mendapat hidayah kerana ia adalah milik mutlak Allah SWT. Berikan hujjah anda untuk menolak pendapatnya.
  6.    Nyatakan bagaimana anda dapat memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi maklumat untuk memperolehi hidayah Allah SWT.