Saturday 10 March 2012

Tilawah al-Quran

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 2

BAHAGIAN TILAWAH AL-QURAN

PELAJARAN 1  :  HIDAYAH SUMBER KEHIDUPAN
KEFAHAMAN AYAT 8 SURAH ALI IMRAN
HAFAZAN AYAT 8 SURAH ALI IMRAN




رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
 Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha pemberi kurnia.






PENGERTIAN HIDAYAH & RAHMAH :

HIDAYAH
§  Dari segi bahasa ialah  :  Petunjuk.
§  Dari segi istilah Hidayah ialah :  Petunjuk Allah SWT ke arah kebenaran.

RAHMAH
§  Dari segi bahasa ialah : Belas kasihan.
§  Dari segi istilah ialah   :  Segala kebaikan yang Allah kurniakan kepada manusia
Seperti : tubuh badan yg sihat, minda yang cerdas dan jiwa yang bersih.

CARA MEMPEROLEHI DAN MENGEKALKAN HIDAYAH  :

1.     Mensyukuri nikmat Allah SWT.
2.     Yakin kepada kebenaran aqidah.
3.     Berakhlak mulia dalam kehidupan.
4.     Bersungguh-sungguh menimba ilmu.
5.     Berdoa memohon pertolongan Allah.
6.     Memelihara hubungan baik antara makhluk.
7.     Melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahi munkar.
8.     Mempertingkatkan ibadah seperti solat dan membaca al-Quran.




CIRI-CIRI ORANG MENDAPAT HIDAYAH

1.     Tabah dan sabar menghadapi cabaran hidup.
2.     Berfikiran terbuka dan berpandangan jauh.
3.     Senang menerima kebenaran.
4.     Hidup dalam keadaan tenang dan gembira.
5.     Mudah melakukan kebaikan.



AKIBAT TIDAK MENDAPAT HIDAYAH  :

1.     Mudah kecewa apabila menghadapi kegagalan.
2.     Berfikiran sempit dan bertindak melulu.
3.     Susah menerima kebenaran.
4.     Hidup dalam keadaan keluh kesah.
5.     Sukar melakukan kebaikan.




PERKARA YANG MENGHALANG HIDAYAH ALLAH SWT.  :

  •     Meninggalkan ibadah-ibadah wajib   spt : solat fardhu dan puasa Ramadhan.
  •     Melakukan maksiat   spt : berzina, minum arak, berjudi, derhaka kepada ibu bapa.
  •     Memiliki sifat-sifat mazmumah   spt : takbur, tamak, riak, sum’ah dan ‘ujub.
  •     Tidak menghormati ibu bapa dan guru.
PENGAJARAN AYAT :


1.     Hidayah ialah kurniaan Allah SWT kpd hamba-hamba-Nya.
2.     Pintu hidayah dan rahmat Allah sentiasa terbuka luas kpd orang yang berusaha dan bersedia menerima kebenaran.
3.     Doa ialah senjata penting umat Islam utk memperolehi hidayah Allah SWT.
4.     Orang yang tidak mendapat hidayah Allah hidupnya tidak akan bahagia di dunia dan di akhirat.
5.     Dosa boleh menghalang hidayah Allah.



INFO KAMUS :

RIAK          :  ialah  melakukan amalan untuk   
                      menunjuk-nunjuk.

SUM’AH   :  ialah  membuat kebajikan supaya
                     dipuji dan disebut oleh orang ramai.

‘UJUB      :  ialah bangga dan megah dengan diri
                     sendiri.




SOALAN PENILAIAN

  1.    Berikan pengertian Hidayah dan Rahmah.
  2.    Nyatakan empat cara untuk memperolehi hidayah Allah SWT.
  3.    Apakah akibat orang yang tidak mendapat hidayah Allah SWT?
  4.    Senaraikan kepentingan berdoa.
  5.    Teman anda berpendapat bahawa tidak perlu berusaha mendapat hidayah kerana ia adalah milik mutlak Allah SWT. Berikan hujjah anda untuk menolak pendapatnya.
  6.    Nyatakan bagaimana anda dapat memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi maklumat untuk memperolehi hidayah Allah SWT.













No comments:

Post a Comment